mcmc
Laporan Aktiviti

WEBINAR DARI SERANGAN SIBER KE PEMULIHAN: ASAS TINDAK BALAS & FORENSIK DIGITAL

TARIKH10 JULAI 2025
MASA3.00 PM – 4.30 PM
LOKASINADI KAMPUNG KADOK DALAM
PESERTA6 ORANG

Tujuan

Memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan kesedaran ancaman siber, langkah asas dalam menghadapi insiden serangan, proses tindak balas serta pemulihan, selain memperkenalkan asas forensik digital dalam pengumpulan dan analisis bukti serangan.

Aktiviti

Sepanjang sesi berlangsung, peserta diterangkan tentang jenis-jenis serangan siber seperti phishing, malware, ransomware dan DDoS, diikuti dengan perkongsian ilmu mengenai pengesanan, pengasingan, analisis serta pelaporan insiden. Seterusnya, penceramah turut membentangkan kajian kes serangan sebenar dan bagaimana pasukan keselamatan berjaya menguruskan serta memulihkan sistem yang terjejas. Aktiviti turut diselitkan dengan sesi interaktif soal jawab yang membolehkan peserta bertanya isu berkaitan keselamatan siber dan menerima tips pencegahan seperti penggunaan kata laluan yang kukuh, pengaktifan pengesahan berbilang faktor serta kepentingan kemaskini sistem.

Gambar Disini