mcmc
WARGA Pi1M

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO: “ TIDAK PASTI, JANGAN KONGSI”

PERTANDINGANVIDEO kongsi

 

Terma dan Syarat:

1. Maklumat pertandingan:

  • – Pertandingan video pendek ini adalah inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
  • – Pertandingan ini dibuka dari 1 Jun 2017 hingga 3 Julai 2017.
  • – Melalui pertandingan ini, para peserta perlu menghasilkan video berdurasi tidak melebihi 2 minit dengan tema “ Tidak Pasti, Jangan Kongsi”.
  • – Setiap PI1M dibenarkan menghantar sebanyak dua (2) video sahaja. (** PI1M berhak memilih video terbaik untuk dihantar sebagai penyertaan)

 2. Kelayakan Pertandingan:

  • – Pertandingan ini terbuka kepada ahli berdaftar Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).
  • – Berkumpulan terdiri daripada 4 hingga 6 orang.
  • – Pengurus dan Penolong Pengurus tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. Namun, digalakkan untuk membantu serta memberi panduan dalam        penulisan skrip dan jalan cerita (plot) selari dengan tema yang diberikan 

3. Syarat Pertandingan: 

  • – Durasi video tidak boleh melebihi 2 minit. 
  • – Video mestilah menepati tema. 
  • – Video boleh dihasilkan menggunakan teknik animasi, lakonan atau kedua-duanya sekali. 
  • – Rakaman dan suntingan video boleh menggunakan mana-mana aplikasi antaranya seperti powtoon, viva video dan sebagainya. 
  • – Video yang dihasilkan perlu dimuat naik ke dalam akaun Facebook PI1M masing-masing dengan kapsyen #tidakpastijangankongsi #sebenarnya #klikdenganbijak #namaPI1M.

**Pihak PI1M mestilah menghantar pengesahan penyertaan berserta maklumat seperti dibawah ke video2017@cmc.gov.my :

Nama PI1M:
Nama Pengurus:
Nama Penolong Pengurus:
Tajuk Video:
Capaian/Link
Nama & No. KP Peserta:

 

4. Syarat Pertandingan:

  • – Hasil video tidak dibenarkan sama sekali menyentuh sensitiviti agama, kaum, budaya, isu politik dan menghina mana-mana individu. 
  • – Video mestilah karya asal dan tidak menceroboh mana-mana hak cipta. 
  • – Setiap video wajib disaring oleh Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M sebelum dimuat naik. 
  • – Pemenang akan dihubungi melalui PI1M kawasan masing-masing. 
  • – Keputusan pemenang pertandingan adalah hak muktamad pihak penganjur.
  • – Sebarang bantahan dan rayuan tidak akan dilayan. 
  • – Mana-mana penyertaan yang tidak menepati syarat pertandingan dan menggunakan taktik kotor akan terbatal secara serta-merta

 

Klik di sini untuk maklumat lanjut: PERTANDINGAN VIDEO: “ TIDAK PASTI, JANGANKONGSI”