
Persekitaran digital hari ini membuka ruang interaksi yang luas, namun turut mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai ancaman tersembunyi sekiranya tiada kawalan dan pemantauan yang sewajarnya.
Bagi pengguna bawah 16 tahun, keupayaan mengenal pasti risiko, menilai interaksi serta melindungi maklumat peribadi masih dalam peringkat perkembangan.Justeru, akses kepada media sosial perlu dilaksanakan secara terkawal dan berperingkat.
Peranan ibu bapa dan penjaga adalah kritikal dalam memastikan :
- Pemantauan aktiviti dalam talian
- Bimbingan berterusan mengenai keselamatan digital
- Penetapan had penggunaan yang bersesuaian
Langkah pencegahan awal adalah kunci kepada perlindungan yang berkesan.
#MCMC
#KempenInternetSelamat